Ternakan Ikan Air Masin Akuakultur

Monday, November 15, 2010

Latar Belakang

Rossyaf Fish Farm Sdn. Bhd.  ditubuhkan pada 21 Julai 2010 dengan modal berbayar sebanyak RM100,000.00 Rossyaf Fish Farm Sdn. Bhd. menjalankan aktiviti perikanan akuakultur iaitu ternakan ikan masin atau ikan marin dengan mengunakan sangkar satu kaedah alternatif moden bagi meningkatkan bekalan ikan di Malaysia. Rossyaf Fish Farm Sdn. Bhd. adalah salah sebuah syarikat pengeluar dan juga pembekal ikan akuakultur marin kepada pasaran tempatan dan juga di peringkat global.


Pengasas Rossyaf Fish Farm Sdn. Bhd. adalah Encik Ibrahim Bin Yusof dan beliau juga adalah pengasas kepada syarikat ISRF Sdn. Bhd. yang telah berjaya menyiapkan 800 buah sangkar projek akuakultur ikan marin di perairan Pulau Ketam, Selangor yang terletak di Laut Selat Melaka yang telah beroperasi sejak Tahun 2007. Melalui kejayaan dan pengalaman, beliau telah mengembangkan lagi empayar beliau dengan menubuhkan Rossyaf Fish Farm Sdn. Bhd. untuk mengorak selangkah kehadapan.


Piawaian pelanggan Rossyaf Fish Farm Sdn. Bhd. adalah mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan segar serta diyakini. Rossyaf Fish Farm Sdn. Bhd. berkeyakinan bahawa perternakan akuakultur ikan marin berpotensi untuk terus maju dan memberi pendapatan yang lebih mampan.