Lokasi Akuakultur Rossyaf Fish Farm Sdn. Bhd.
Perairan Pulau Ketam, Selangor yang terletak lebih kurang 5 batu notika dari Jeti Port Klang menjadi pilihan Rossyaf Fish Farm Sdn. Bhd. sebagai lokasi yang strategik untuk aktiviti penternakan akuakultur ikan marin, kerana kedudukan geografinya yang terlindung dari angin mosun, paras suhu antara 24-32 darjah celcius dan kualiti air masin iaitu 24-27psu menjadikan aktiviti akuakultur ikan marin lebih sesuai dijalankan disini, ia juga memudahkan pemantauan tumbesaran ikan-ikan serta urusan perdagangan.